Monday, August 24, 2009

Bukit Fraser, Pahang





Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjiudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.
Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.
Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.

Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.

TIPS..
Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.

PENGANGKUTAN..
Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.

Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.

1 comment: