Tuesday, August 18, 2009

GeNtiNg HigHLaNd Kota Keriangan







Genting highland atau tanah tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira satu jam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun bergerak melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia yang di usahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.

Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Oleh sebab kedudukannya yang terletak 2,000m dari paras laut, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca nyaman seakan-akan di Eropah!

Genting Highland Resort kadang kala di kenali Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang di niagakan secara sah di Malaysia dan telah di kendalikan oleh kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada bberapa hotel yang dimiliki anak syarikat Genting termasuk Genting hotel, Highland hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas Hotel bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli belah, dewan konsert dan banyak lagi.

Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Oleh sebab kedudukannya yang terletak 2,000m dari paras laut, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca nyaman seakan-akan di Eropah!

Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Pavilion atau Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting, sama ada pertunjukan silap mata yang mengelirukan atau pun persembahan luncur ais yang hebat. Pelawat juga boleh pergi membeli-belah di First World Plaza, melawat taman tema, dan menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan di restoran-restoran yang terdapat di sini.

Taman tema tertutup dan kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk).

Snow World pula merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu, jangan lupa memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Kolam Air Hutan Hujan, walaupun keadaan cuaca di sini agak sejuk, air di dalam kolam ini sentiasa hangat.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya alat kemudahan yang memberikan pengalaman berpayung terjun yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, sebuah tembok pendakian bertaraf antarabangsa setinggi 15 meter dengan tebing terjuntai sepanjang 6 meter. Lain-lain tarikan di sini termasuk kemudahan bermain bowling, arked video, pawagam cineplex dan macam-macam permainan lain yang pasti menyeronokkan.
Salah satu tarikan utama di sini ialah kasino yang merupakan satu-satunya kasino di Malaysia.

TIPS..
Pelawat disarankan membuat tempahan bilik hotel terlebih dahulu jika ingin bermalam di Genting Highlands kerana ianya adalah sebuah destinasi hujung minggu yang sangat popular.

PENGANGKUTAN..
Jalan Darat
Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.

Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Perkhidmatan teksi ke Genting Highlands boleh didapati di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas ekspres terus Kuala Lumpur-Genting boleh didapati di Stesen KL Sentral, Stesen Bas Ekspress Jalan Duta, Puduraya dan Stesen LRT Gombak.


No comments:

Post a Comment