Thursday, August 27, 2009

GRAFIK





Elemen – elemen multimedia terdiri daripada grafik, teks, audio, video dan animasi. Grafik merupakan salah satu daripada elemen multimedia. Grafik boleh diertikan sebagai objek seperti garisan, kotak, bulatan, ‘shading’ seperti foto, lukisan dan sebagainya. Grafik juga bermaksud penggunaan visual untuk tingkatkan konsep yang tidak dapat dijelaskan oleh elemen teks. Grafik yang dihasilkan mestilah cantik dan dapat menambah daya tarikan terhadap paparan yang dihasilkan serta dapat menyampaikan maklumat disebabkan oleh kejelasan, ketepatan dan konsisten sesebuah grafik. Perisian seperti Adobe Photoshop membolehkan seseorang individu itu menyunting grafik untuk menjadikannya lebih menarik. Grafik yang baik boleh menjelaskan sesuatu peristiwa derngan lebih jelas. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif.

Grafik merupakan salah satu media yang di gunakan dalam pengaplikasian komunikasi Interaktif. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Grafik ialah perkara yang berkenaan dengan ukiran atau lukisan. Manakala grafik berkomputer pula ialah merujuk kepada imej yang di hasilkan menggunakan komputer. Kebiasaannya grafik ini mengabungkan beberapa elemen lain seperti teks, ilusi dan warna. Antara contoh grafik ialah lukisan, foto, lukisan kejuruteraan dan sebagainya.

Grafik boleh di kelaskan kepada 2 kumpulan utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor.Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan pixel-pixel yang di susun ke dalam bentuk matrik yang mudah. Setiap pixel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya. Terdapat 2 faktor yangmemberi kesan kepada sesebuah imej bitmap iaitu resolusi dan kedalaman.Resolusi ialah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin berbanding resolusi yang rendah. Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya. Manakala kedalaman pula ialah pernyataan warna dan keterangan bagi setiap pixel.

Selain itu, grafik juga mempunyai perisian-perisian yang tertentu iaitu Microsoft Paint atau Paint, Brush, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Corel Draw, Painter 3D, Macromedia Freehand, Micrograft Designer, Autucad dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment