Friday, October 2, 2009

PuLaU SiPadAn, SEMPORNA







Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai diantara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

Mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia menggambarkan Pulau Sipadan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia', sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia.

Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

Sejarah
Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.

Tarikan
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

TIPS
Cubalah pergi menyelam skuba di awal pagi ke tapak selaman Sipadan yang terkenal - Barracuda Point. Anda berpeluang berenang berhampiran kumpulan ikan alu-alu yang besar jumlahnya pada waktu awal pagi.

PENGANGKUTAN
Jalan Laut
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.

Jalan Udara
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.

Jalan Darat
Teruskan perjalanan anda selama satu jam untuk sampai di pekan Semporna.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian : +6088-248 698 / 211 732

PENGINAPAN
Memandangkan Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan maka tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.

PuLaU PaNGkoR










Panduan Kepada Pelancong
Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan
Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Pulau Pangkor sering menjadi venue pilihan pelajar-pelajar IPT bercuti atau menjalankan program universiti
Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa

Jungle trekking ialah salah satu acara yang menjadi kemestian bagi pencinta alam
Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.

Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.

Haiwan batu
Anda akan temui beberapa pembentukan batu secara semulajadi yang menyerupai binatang di pulau ini sekiranya anda menaiki bot laju untuk bersiar-siar. Ianya pemandangan yang mengagumkan!

TaNaH TiNgGi CAMERON HIGHLAND










Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Muka Bumi
Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlans. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Sejarah
Cameron Higland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
1. Ringlet
2. Lembah Bertam
3. Tanah Rata
4. Brinchang
5. Kea Farm
6. Tringkap
7. Kuala Terla
8. Kampung Raja
9. Blue Valley


Tarikan Pelancong
• Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
• Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
• Kebun sayuran : Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm,Tringkap
dan kuala Terla.
• Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
• Kebun Buah Strawberry.
• Taman rama-rama.
• Tokong Sam Poh di Brinchang

Thursday, October 1, 2009

TEKS





* Teks adalah salah satu cara manusia berkomunikasi, berkongsi maklumat, pengeahun n juga perasaan. Penggunaan tks d dalam meda berteknologi baru masih mampu memainkan peranan sebagai slah stu medium komunikasi yang utama.

Struktur Teks
i) Linear
*Struktur teks yang tradisional
*Oganisasi berbentuk linear dimana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung
*Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab. Setiap bab mempunyai
tajuk dan sub seksyen yang akan membentuk perenggan.
*Susunan teks berstuktur ini adalah dlm bentuk hieraki dan boleh digambarkan
strutur pepohon.

ii) Tidak Linear
*Dikenali sebagai hiperteks.
*Susunan teksnya adalah secara tidak linear dan mempunyai struktur data graf.
*Ia terdiri daripada nod yg merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan
dipautkan dgn bahagian teks yg lain dgn pautan

Monday, September 28, 2009

AUDIO

Audio ialah bunyi seperti suara, muzik, suara latar dan sebagainya yang dikeluarkan oleh gelombang- gelombang melalui udara. Dengan adanya audio ini ia akan mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang. Selain itu, Audio juga mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandunagn yang kompleks.

Audio berfungsi sebagai untuk memudahkan penerangan bagi konsep yang sukar untuk di terangkan melalui penggunaan teks atau grafik semata-mata.
Penggunaan audio dalam sesuatu produksi multimedia boleh menarik perhatian sesipa yang mendengarnya.

Jenis fail audio yang begitu dikenali ramai adalah mp3. Dengan menggunakan perisian yang canggih sekarang seperti Adobe Audition dan Audacity, kita boleh mengurangkan gangguan yang tidak dikehendaki dalam rakaman audio tersebut. Selain itu, kita juga boleh menggunakan kaedah ‘trimming’ untuk membuang rakamn yang audio yang tidak dikehendaki samada di awal rakaman atau di akhir rakaman. Antara format fail audio ialah wav dan MIDI.

Monday, August 31, 2009

ANIMASI dan Contoh Animasi

Animasi bermaksud paparan pantas susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Selain itu ia adalah sejenis optik pergerakan yang disebabkan kejadian penerusan penglihatan dan boleh dihasilkan dengan pelbagai cara.

JENIS – JENIS ANIMASI

1)FRAME BY FRAME
Mengikut susunan frame, meletakkan objek yang sama tetapi pergerakan yang berbeza seperti frame dipanggil “keyframe”.

2)TWEENED ANIMATION
Mempunyai dua gambar sahaja, satu di hadapan dan satu di belakang gambar. Komputer akan mentafsir ditengah-tengah key frame(menggunakan cursor yang menghubungkan
keyframe pertama dan keyframe yang kedua)

3)SCRIPTED ANIMATION
Gambar tetap perlu ada tetapi animasi boleh berlaku disebabkan kita meletakkan skrip (ada arahan belakang gambar). Ia boleh bergerak apabila kita online contohnya ialah burung terbang diudara



Thursday, August 27, 2009

VIDEO

Video ialah susunan gambar yang di gerakkan. Video dapat berfungsi menyampaikan maklumat dengan tepat kepada manusia untuk merakam, memproses dan menterjemah gambar bergerak yang di simpan dan di tayangkan. Animasi merupakan salah satu elemen yang berkaitan dengan video yang menunjukkan imej ilustrasi yang bergerak apabila ditayangkan mengikut frame per second (fps) dengan menggunakan perisian Macromedia Flash dan Macromedia Director. Format fail video ialah avi, mov dan mpeg. Cara penghasilan animasi ialah menggunakan frame-by-frame, tweening dan scripted. Video di gunakan untuk merakam gambar, suara, muzik dan lain-lain. Video terbahagi kepada 2 iaitu video analog dan video digital. Video analog ialah video yang di simpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Manakala video di gital pula ialah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses menukarkan isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Converter (DAC) yang di gunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog.

GRAFIK





Elemen – elemen multimedia terdiri daripada grafik, teks, audio, video dan animasi. Grafik merupakan salah satu daripada elemen multimedia. Grafik boleh diertikan sebagai objek seperti garisan, kotak, bulatan, ‘shading’ seperti foto, lukisan dan sebagainya. Grafik juga bermaksud penggunaan visual untuk tingkatkan konsep yang tidak dapat dijelaskan oleh elemen teks. Grafik yang dihasilkan mestilah cantik dan dapat menambah daya tarikan terhadap paparan yang dihasilkan serta dapat menyampaikan maklumat disebabkan oleh kejelasan, ketepatan dan konsisten sesebuah grafik. Perisian seperti Adobe Photoshop membolehkan seseorang individu itu menyunting grafik untuk menjadikannya lebih menarik. Grafik yang baik boleh menjelaskan sesuatu peristiwa derngan lebih jelas. Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif.

Grafik merupakan salah satu media yang di gunakan dalam pengaplikasian komunikasi Interaktif. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Grafik ialah perkara yang berkenaan dengan ukiran atau lukisan. Manakala grafik berkomputer pula ialah merujuk kepada imej yang di hasilkan menggunakan komputer. Kebiasaannya grafik ini mengabungkan beberapa elemen lain seperti teks, ilusi dan warna. Antara contoh grafik ialah lukisan, foto, lukisan kejuruteraan dan sebagainya.

Grafik boleh di kelaskan kepada 2 kumpulan utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor.Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan pixel-pixel yang di susun ke dalam bentuk matrik yang mudah. Setiap pixel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya. Terdapat 2 faktor yangmemberi kesan kepada sesebuah imej bitmap iaitu resolusi dan kedalaman.Resolusi ialah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin berbanding resolusi yang rendah. Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya. Manakala kedalaman pula ialah pernyataan warna dan keterangan bagi setiap pixel.

Selain itu, grafik juga mempunyai perisian-perisian yang tertentu iaitu Microsoft Paint atau Paint, Brush, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Corel Draw, Painter 3D, Macromedia Freehand, Micrograft Designer, Autucad dan lain-lain.

Tuesday, August 25, 2009

Pulau Langkawi Pulau Lagenda








Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.

Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.

Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.

TIPS..
Langkawi menawarkan peluang dan kemudahan membeli-belah yang hebat.

PENGANGKUTAN..
Feri
Perkhidmatan feri bertolak dari pelabuhan Kuala Kedah setiap satu jam mulai pukul 7.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Perjalanan ini memakan masa 1 1/2 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun di Thailand. Kedua-dua perjalanan feri ini memakan masa hanya 45 minit ke Langkawi.

Penerbangan
Kedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan Air Asia menyediakan penerbangan terus dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang Langkawi.

Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.

TIPS..
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.

PENGANGKUTAN..
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.

Monday, August 24, 2009

Bukit Fraser, Pahang





Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjiudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.
Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.
Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.

Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.

TIPS..
Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.

PENGANGKUTAN..
Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.

Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.

Tuesday, August 18, 2009

GeNtiNg HigHLaNd Kota Keriangan







Genting highland atau tanah tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira satu jam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun bergerak melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia yang di usahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.

Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Oleh sebab kedudukannya yang terletak 2,000m dari paras laut, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca nyaman seakan-akan di Eropah!

Genting Highland Resort kadang kala di kenali Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang di niagakan secara sah di Malaysia dan telah di kendalikan oleh kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada bberapa hotel yang dimiliki anak syarikat Genting termasuk Genting hotel, Highland hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas Hotel bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli belah, dewan konsert dan banyak lagi.

Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Oleh sebab kedudukannya yang terletak 2,000m dari paras laut, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca nyaman seakan-akan di Eropah!

Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Pavilion atau Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting, sama ada pertunjukan silap mata yang mengelirukan atau pun persembahan luncur ais yang hebat. Pelawat juga boleh pergi membeli-belah di First World Plaza, melawat taman tema, dan menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan di restoran-restoran yang terdapat di sini.

Taman tema tertutup dan kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk).

Snow World pula merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu, jangan lupa memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Kolam Air Hutan Hujan, walaupun keadaan cuaca di sini agak sejuk, air di dalam kolam ini sentiasa hangat.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya alat kemudahan yang memberikan pengalaman berpayung terjun yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, sebuah tembok pendakian bertaraf antarabangsa setinggi 15 meter dengan tebing terjuntai sepanjang 6 meter. Lain-lain tarikan di sini termasuk kemudahan bermain bowling, arked video, pawagam cineplex dan macam-macam permainan lain yang pasti menyeronokkan.
Salah satu tarikan utama di sini ialah kasino yang merupakan satu-satunya kasino di Malaysia.

TIPS..
Pelawat disarankan membuat tempahan bilik hotel terlebih dahulu jika ingin bermalam di Genting Highlands kerana ianya adalah sebuah destinasi hujung minggu yang sangat popular.

PENGANGKUTAN..
Jalan Darat
Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.

Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Perkhidmatan teksi ke Genting Highlands boleh didapati di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas ekspres terus Kuala Lumpur-Genting boleh didapati di Stesen KL Sentral, Stesen Bas Ekspress Jalan Duta, Puduraya dan Stesen LRT Gombak.


Monday, August 17, 2009

tEnTaNg NoR eRmALiZa iSmAiL..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume.. Selamat datang ke blog saya- cuti-cuti malaysia_jom melancong..saya pasti pengunjung sume takkan kecewa apabila mengunjungi blog saya.. Sebelum itu,izinkan saya perkenal kan serba sedikit tentang saya..
Nama saya Nor Ermaliza Binti Ismail.. Saya berasal dari kelantan.. Belajar di UUM tahun 2 semester 3 dalam program Teknologi Media.. Anak ke-3 dari lima beradik.. Abah saya seorang pesara, mama plak suri rumah sepenuh masa.. Tanpa kita sedari,kehidupan seharian kita begitu sibuk dengan perkara-perkara yang begitu memenatkan otak dan badan kita..Oleh itu,kita perlu lah rehatkan sekejap otak dan badan kita agar kita dapat menyambung semula pekerjaan kita.. Disebabkan itu, saya akan memperkenalkan tempat-tempat menarik yang terdapat di malaysia.. Malaysia sendiri mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sama ada untuk bercuti dengan keluarga,teman-teman,rakan pejabat dan sebagainya.. Tidak perlu lah kita menghabiskan banyak duit untuk bercuti ke luar negara..saya sendiri suke melancong di dalam malaysia..JOM MELANCONG......